Makanan Cacing

Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.

Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:

  • Terlalu basah.
  • Berbau busuk.
  • Masam / Acidic pH rendah dll.

Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil-kecilan dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.

Dari dlm rumah (sisa dapur)

 

  • Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu - elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)
  • Lebihan Nasi (di bilas dulu - jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)
  • Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu - elakkan semut)
  • Kulit telur yg di hancur halus.
  • Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana
  •              ia akan “menapai” dan “panas”)
  • Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
  • Kertas bungkusan (jgn berminyak)

 

Dari luar rumah (sisa laman)

  • Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)
  • Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai”    
     dan “panas”)
  • Buah-buahan yg luruh & rosak.

Dari pejabat

  • Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)
  • * Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.


Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik)

  • Hampas tebu,pisang dll (dibilas gulanya dulu-elakkan semua getah).
  • Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.
  • Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.

“Kalau boleh bahan-bahan ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing”
 
 
Today, there have been 2 visitors (10 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free