Jenis Cacing

Cacing tanah mempunyai lebih daripada seratus segmen. Ia hidup di dalam tanah dengan menolak dan memakan tanah tersebut. Sesetengah daripada haiwan ini membuat gumpulan tanah (tahi cacing) daripada tanah yang dimakannya. Ia juga menarik masuk daun-daun ke dalam lubangnya

Ada 1800 jenis cacing yang dikenalpasti. Akan tetapi, hanya ada 9 jenis sahaja yang berpotensi untuk digunakan di dalam bidang pertanian, penternakan dan sebagainya.

Cacing tanah tergolong di dalam kategori haiwan tidak bertulang (Invertebrata), dimana ianya dimasukkan ke dalam Filum Annelida, iaitu cincin. Susunan tubuh cacing terdiri daripada bentuk cincin-cincin, segmen-segmen, dimana ianya memiliki rambut keras dan pendek. Ini tergolong di dalam kelas Oligochaeta.

Kelas Oligochaeta terbahagi kepada 5 keluarga.

Jenis cacing yang diternak adalah daripada keluarga Megascolicidae dan Lumbricidae yang terdiri daripada:

*    Lumbricus Rubellus (Cacing Merah/Red Worm)

*    Pherionyx Excavatus (Cacing Biru/Blue Worm)

*    Eisenia Foetida (Cacing Harimau/Tiger Worm)

*    African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.

*    Pheretima Asiatica

*    Diplocardia

Namun begitu, 4 jenis spesis cacing yg telah dikajiselidik berkesan sebagai tugasan menghasilkan kompos, iaitu :

*   Cacing Merah ( Red Worm / Lumbricus Rubellus )

*   Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus)

*   Cacing Harimau ( Tiger Worm / Eisenia Foetida )

*   Cacing African Night Crawler ( Eudrillus Eugeniae )


Lumbricus Rubellus (Cacing Merah/Red Worm)

Jenis cacing tanah Lumbricus rubellus mampu hidup dalam populasi yang padat. Lumbricus rubellus sering ditemukan di bawah guguran daun atau tumpukan kotoran ternak dan tidak menggali jauh ke dalam tanah seperti Allolobophora caliginosa (field worm) atau cacing tanah besar Lumbricus terrestris.

*   Bentuk tubuhnya pipih

*   Dihujungnya ada tanda kekuningan

*   Jumlah segmen sekitar 90 hngga 195, di mana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32

*   Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar menyamai jenis yang lain

*   Gerak cacing ini lambat dan sering diam apabila dipegang

*   Bagian atas merah kecoklatan atau merah ungu

*   Permukaan bawah berwarna pucat

*   Menempati tanah lapisan atas, kawin dan bertelur di dalam tanah dengan

*   membuat liang di dalam tanah bermineral

*   Berbiak dengan cara reproduksi seksual

*   Panjang 60-150 mm, diameter 4-6 mm

*   Dewasa dalam 179 hari dengan masa hidup 682-719 hari

*   Menghasilkan 79-106 cocoons pertahun perekor cacing

 

Pherionyx Excavatus (Cacing Biru/Blue Worm)

 

 

*   Memiliki 75 hingga 165 segmen

*   Klitelumnya terletak pada segmen 13 dan 17

*   Berwarna ungu tua hingga ke merah coklat

*   Berbentuk gilik

*   Penternakan harus dilakukan dengan berhati-hati dan lebih serius

*  Geraknya cepat seperti jenis Pheretima


Eisenia Foetida(Cacing Harimau/Tiger Worm)



Cacing harimau sangat baik bagi tujuan baja kompos. Ia dapat menghasilkan lapisan atas tanah yang baik untuk tanaman. Cacing ini juga telah di pelihara di ladang cacing di New Zealand, Australia dan juga di negara kita.Pusat Apiari Nasional Parit Botak dan Unit Perlindungan Tanaman Ayer Hitam, Johor telah memelihara cacing ini bagi tujuan penyelidikan.

Selain itu, spesies lain yang sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia ialah African Nightcrawlers.

 

African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.

 

 
 
 
Today, there have been 39 visitors (49 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free