Penyediaan Medium

Sarang ataupun medium merupakan tempat atau habitat dan juga sebagai makanan cacing. Mutu dan kualiti sesuatu medium menentukan keberkesanan dan hasil penternakan cacing. Bahan baku medium boleh terdiri daripada:

  • Sayur-sayuran, buah-buahan atau apa sahaja bahan yang boleh membusuk
  • Kotoran lembu, kotoran kerbau, kotoran ayam dll.
  • Serbuk gergaji, serutan kayu, dll.
  • Sekam padi atau dedaknya
  • Hampas tebu
  • Kotak atau kertas-kertas yang sudah tidak digunakan
  • Sisa makanan
  • Jerami, pokok pisang, dll.

Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.

 Cadangan cara mengatasinya:

  • Kawal kelembapan media - kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.
  • Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.
  • Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.
  • Jangan beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.
 
 
 
Today, there have been 23 visitors (28 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free